SpotifyToMP3
Doa Abu Darda RA

Doa Abu Darda RA

3:01 · 6,165 پلے

البم سے Doa bencana alam 6/6

تفصیل

Doa Abu Darda Siapakah Abu Darda? Sebut sahaja nama Abu Darda, pasti ada yang tertanya-tanya, siapakah beliau. Ada juga yang mengaitkan Abu Darda dengan doa. Abu Darda terkenal dengan himpunan doa yang sangat baik dan bermanfaat untuk diamalkan. Doa-doa itu diajar oleh Rasulullah kepada Abu Darda. Menurut buku biografi 60 sahabat Rasulullah S.A.W., nama penuh Abu Darda Radhiyallahu Anhu adalah Uwaimir bin Amir bin Malik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj. Ada yang berpendapat, nama beliau adalah Amir bin Malik, sedangkan Uwaimir adalah julukannya. Nabi Muhammad S.A.W. mengatakan Uwaimir adalah Hakimul Ummah (seorang yang sangat bijaksana) (Rujuk Usudul Ghabah 5/97). Ibunya bernama Mahabbah binti Wâqid bin Amir bin Ithnabah. Namun, orang ramai mengenalinya dengan nama Abu Darda kerana beliau memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isterinya pula dikenali sebagai Ummu Darda. Di antara sahabat nabi Muhammad S.A.W., Abu Darda antara sahabat baginda yang terakhir memeluk agama Islam. Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang sangat bagus dari segi keislamannya, seorang yang faqih, pandai dan bijaksana. Abu Darda juga seorang yang zuhud dan rajin beribadah. Kelebihan Doa Abu Dardah Doa di atas rajin diamalkan oleh Abu Darda. Baginda menyarankan agar doa ini dibaca selepas waktu Subuh untuk memelihara diri dan harta dari bala bencana dan musibah, menghindari gangguan makhluk halus serta memagar rumah. Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari (Maghrib), maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari. Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar rumah atau bermusafir. Menurut riwayat Ibnu Sunni, seorang lelaki yang cemas datang kepada Abu Darda lalu berkata, “Wahai Abu Darda’, aku lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawab, “Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda” :xa0 “Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, maka terhindar dia dari benc

آپ کو یہ بھی پسند آ سکتے ہیں